WELCOME to Zarith Syahira's TERRITORY... Happy Reading!

Saturday, September 29, 2012

the days~

din go to classes 2 days in a row...
went back to my mom's house but still happy din show...
therefore i realize my brain's tots and i try to do more...
building up a mini empire will be the secret door...

here i am listening to the heart saying i can, not "NO"...
a big thanks to those who always say "GO" ...
now i stand, just to be so tall...
because i know one day i will be good for all... ^_^

by,
zarith syahira

poem kat atas ni didedikasikan untuk semua :)
kerana anda semua, zarith kuat...
kerana anda semua, zarith hebat :)
be ignorance but remain in "to learn" ^_^
peace.

p/s: berjaya lulus ujian undang-undang lesen B2 sekali try je...ahaks... minggu depan beli motor! yay!!! *tapi gaji tak masuk-masuk*... hahaha


Wednesday, September 26, 2012

YES! made it!

YES zarith!!!
u've made up your mind...
way the go girl!

at last, berjaya jugak laksanakan impian nak bisnes dengan usaha sendiri...
alhamdulillah ada sokongan dan ada bantuan...
terima kasih tak terhingga Allah...
terima kasih juga kepada yang telah menyokong dan membantu...
semoga permulaan ini semakin membuahkan hasil... amin.

memang ramai buat bisnes ni...
tapi my bisnes is my way of expressing my ideas and my skills...
i am an amateur... please give me a chance to have a dream... ^_^

semangat kau! siap buat teaser photo hah!
hahahaha

it has just begin <3

Monday, September 24, 2012

apa boleh buat~

perkahwinan........
hurmmmm....












duit tak ada tapi hati nak kawin....
orang kata tak ada duit nak menggatal kawin buat apa...
tapi kan, kalau tak kawin takut tetibe terkeluar baby...








orang pun mula la mengkritik...
" kalau kau kuat iman, kenapa perlu keluar baby"...
entahla, tapi setan tu kan di mana-mana...
manusia je pun, bukan malaikat... tak ada yang perfek!
dibalas pula  mereka "kenapa perlu ikut setan, lawanlah"...
itulah manusia... hanya pandai berbicara tapi tiada budi bicara...
mulut manusia memang sukar ditutup kerana kesukaan mereka melemparkan kata-kata berlatarkan ion-ion negatif...
tak mustahil pun kahwin kalau tak berduit...
pergi sahaja jumpa tok kadi dan nikah...
yang penting pegantin, saksi, wali dan ijab kabul...
ya, memang senang berkata-kata...















tapi apa boleh buat?
restu ibu bapa dah ada... tunggu apa?
inilah lumrah manusia...
bila sebegini rupa...
banyak yang mengata...
"eh budak tu anak si tuttttt... kawin kat pejabat kadi je... ada apa-apa la tu",
" weh, kau tengok zarith tu, dah kawin... kawin koboi lak tu... malu seh kalau aku... dah berisi la tu",
" jangan kawan dengan zarith tu, entah-entah kahwin sebab dah ehem...ehem..."
oh yes! love those comments so much!
tapi manusia kan... itu lah kemampuan mereka...
rendah hantaran dikatanya miskin...
dijajanya cerita selagi terdaya...
siapa yang salah?
entahla...
tak bertaraf pasangannya... dicemuh dihina...
tak berharta pasangannya... dipulau dibuang
tak berpendidikan pasangannya... ditertawa dicerca


















tidak berhak kah manusia sebegini rupa berumah tangga?
mempunyai keluarga?
mendapat perhatian manusia?
hidup di dunia sementara?
tapi.... apa boleh buat... kan?
doa dan tawakal tinggal menjadi pegangan dan pedoman...
usaha tangga kejayaan...
insyaAllah, Allah permudahkan...
niat perlu ikhlas berkahwin kerana Allah bukan kerana nafsu...
manusia adalah normal memiliki perasaan untuk dicintai dan disayangi oleh seorang bernama isteri atau suami...
cuma jodoh yang menentukan...
jangan dihina, jangan dipulau mereka...
hanya kerana mereka tidak sepadan tidak setaraf...
jangan dipertikaikan...
kerana itu jodoh mereka...
berdoalah untk kebahagiaan mereka... bukan kemusnahan mereka...
malulah kita dengan Allah dan diri sendiri...
mereka yang tidak berharta, tidak bertaraf, tidak berharta itu...
bahagia dengan rumah tangga yang dibina...
ditemani suami dan isteri tercinta...
disulami dengan cahaya mata ibarat permata berharga...
sedangkan manusia yang hanya mengata dan mentertawa...
ditemani air mata dan luka..
kerana mereka hanya mampu bahagia dengan kemewahan dunia...
pada siap kemewahan yang dibangga-bangga akan dijaja?
semua nya sudah tertulis...
siapa jodoh dia, siapa suami dia, siapa isteri dia...
Allah yang tentukan... bukan manusia ...
semoga setiap pasangan suami isteri di dunia ini hidup bahagia dan kekal selama-lamanya tidak kira di mana anda berada, siapa anda, apa taraf anda, apa pendidikan anda, apa pekerjaan anda, dan apa jua kebaikan atau keburukan anda... Selamat Berbahagia sehingga ke akhir hayat :)
Amin.

yang ikhlas,
Zarith Syahira

Saturday, September 22, 2012

Oh lesen~~~

Bangun pagi,
jam tak bunyi,
tengok-tengok dah 8.30 pagi,
ceramah KPP kelas B2 9 pagi,
masuk bilik mandi,
terus gosok gigi,
mandi sebaldi,
kejut adik berlari-lari,
tolong hantar ke driving academy,
sampai-sampai ramai dah menanti,
terus masuk bagi IC,
kakak kaunter kata bukan hari ni,
apa lagi macam nak maki,
nasib baik minta maaf tenangkan hati,
macam ni barulah a GOOD academy,
telefon adik datang kembali,
kata pengarah academy esok datang 8.30 pagi,
sebab ceramah KPP 6jam hanya ahad pagi,
dah tanya dari minggu lepas lagi,
katanya di fb sabtu 9 pagi,
dahla jawab tak kenal diri,
tanya pasal ceramah KPP dibalas kelas amali,
habis semua serba tak jadi,
ikut hati nak je lempar kerusi,
tapi nak buat macam mana sebab baik hati,
cuma tersengih-sengih tersenyum tunjuk gigi,
balik lah rumah dengan sedih hati,
ada hikmah bangun lewat pagi tadi,
kalau aku tau jadi begini,
memang tak hingin aku pergi!





who cares?

perkara yang berlaku hari ini pada ZARITH yang orang tak nak ambik tahu pun:

1. kelas dari 8.30 am sehingga 5.00 pm....
2. balik rumah mama...
3. pergi makan satay dengan MR.F, di penghujung cerita.... GADUH! habis cerita! balik umah terus!
4. my younger sis dah order blackberry playbook for my besday prezen! ow yeah! tapi dalam 3 weeks lagi baru boleh terima TT_TT sebab pos opis kat arizona tutup sume mogok sempena "innocent of muslim" miahahahaha....
5. kesedihan baca blog my lil sis http://kataklawa.blogspot.com/2012/09/our-nenek.html .... melelehair mata 5 besen... nasib kawan-kawan tak ada kat rumah masa tu :(
6. my aunty ckp jumpa my college mate nama F******** who happened to be soooooo BLURRRRR when my aunty mentioned my name to her... WAJIB la that girl tak kenal aku sebab aku bukan stok-stok HOT kat kampus tu macam dia... pffft~ btw, i just felt sedikit tercalar di lubuk hati nan dalam sedalam lurah dendam apabila dia suruh my aunty tanya aku if i know her... opkos la akak kenal dik! kalau dah muka 24 jam hot je kat kampus sapa tak kenal... lain le muka karat akak ni, jangankan kat kampus, tepi longkang pun katak tak pandang...grrrr! tapi atas keegoan, harus la i balas balik dengan berkata " WHO? tak kenal!" miahahahaha...
7. tidur pula la apa lagi! hahaahahaha... esok ada ceramah KPP 6 jam... hamek!

sekian~ malas taip panjang bukan orang kisah...miahahahaha... just take this as my diary...huahua

Thursday, September 20, 2012

Dilema wati~

bersambung dengan kePENINGan semalam...

rasa macam masalah negara pulak dah masalah ni TT_TT

semalam PENING nak pilih blackberry playbook ke, dell streak ke atau ipod touch baru~
hari ni pulak DILEMA...  kenapa dilema? sebab tak tahu nak buat pilihan...

tetibe terminat lak kat blackberry torch 9850/9860... macam best pulak... tapi blackberry playbook ok gak... hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm~~~


kenapa tajuk "Dilema wati"...? nama mama ialah wati... tapi kenapa dia yang dilema pulak? emmmm... pikir jap........................................................................... hmmm............................................................ errrr................................................. tak ada kaitan rasanya, saja nak letak tajuk tu, macam kena lak gabungan dengan nama wati tu, maaf ye mama pinjam nama jap...ahakahak...

back to the dilema... should i choose the playbook or should i choose the smartphone? lets decide after we list down the adv and disadv...

advantages:
playbook: best main GAME sampai pengsan! boleh golek-golek hamek GAMBAR sampai tak cukup memori sebab puas boleh tengok gambar clear and besar! boleh dengar LAGU sampai pekak! leh WI-FI sampai sembelit! tak terlampau besar tak terlampau kecik skrin, sedang-sedang je 7 inch... boleh dibawa ke mana-mana untuk menghabiskan waktu walaupun waktu tak cukup kelas penuh TT_TT... zaman dah maju, orang berlumba-lumba pakai gajet (masalahnya: buta technology)...

smartphone: boleh main game gak! boleh dengar lagu gak! boleh snap photos juge! termasuk boleh wifi jugeeee! selain tu boleh dibawa ke mana-mana sebab senang nak texting atau calling! skrin 3.7 inch, boleh tahan gak! orang berlumba-lumba jugak pakai smartphone...

disadvantages:
playbook: tak ada koling2, tak ada mesej2...huh! menyemak sebab nak kena bawak fon lagi, nak bawak dia lagi! berat beg! tak up to date la beb kalau tak ada gajet canggih T_T

smartphone: henpon dah ada... apa lagi mau? pe barang pakai samsung corby 2 seken hen sampai eternity, need a change! era dah maju! heheheh...

hurmmmm.........

p/s: dahla orang nak belikan! banyak songeh pulak...haahahaha... hamek je la kalau orang bagi tu! yang nak bagi pun satu, tanya buat apa? hahahaha...

Wednesday, September 19, 2012

Hadiah~

PENING!

PENING!

PENING!

ipod touch 4th generations?




blackberry playbook?



dell streak 7" ?

yang mana satu ni?
bajet less than USD 200
and only those three items sahaja yang mencukupi bajet dan agak menarik... tapi kalau ada 3g lagi best...ahaks... bajet beb bajet! hahaha

nak beli canggih sangat.... bukan pandai guna... haishh!
nak yang 3g mahal... uhuk...
nak pilih smartphone pulak macam sakit hati tekan skrin kecik... selalu nak tekan huruf 'A' jadi 'S' tekan 'K' jadi 'J' oh dem T__T

keutamaan sekarang: nak main game, dengar lagu, internet dan CAMERAAAAAAAAAAAA!!!
mana SATU niiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!!

motif entry hari ini ~~~*adik aku nak belikan besday prezen*
 ngehngeh....

sekian~~~

Sunday, September 16, 2012

Hari Malaysia~

Selamat Hari Malaysia kepada Malaysia.................
yang ke berapa tak tahu<---jujur!
apa erti Malaysia pada aku?
ertinya, duduk rumah menghabiskan cuti yang ada sebab hari selepas cuti perlu ke kelas dan perlu melakukan kerja-kerja yang terbengkalai...
sadis kan?
tapi that is the REALITY these days.
cakap la hari apa pun, termasuk hari merdeka baru ni.
cuba tanya budak 18 tahun secara rawak.
mungkin 1 daripada seratus tahu apa tujuan hari merdeka, atau hari malaysia diadakan.
manusia 2012 dah lack of sense of patriotics...
why?
because we are in 2012. kan? betul?
sebab apa? yang ini kita kena tanya diri masing-masing sebab kita yang duduk dekat Malaysia ni dari keluar perut mak lagi.
secara terus terang dan jujur, rakyat Malaysia lebih suka menghabiskan masa mereka dengan cuti seperti hari ini dan esok untuk merehatkan diri, untuk menghabiskan masa dengan manusia lain termasuk untuk mencari erti bebas dari masalah. betul?
aku sendiri hari ini cuma menghabiskan masa di rumah sampai petang, lepas tu sebab terlampau bosan, keluar dengan tunang aku teman dia menghabiskan duit cari tv plasma 50 inchi (gila bragging! hahahaha), lepas tu macam kutu rayau merayau sana sini cari rumah untuk dibeli pasal nanti kawin tak payah dah sewa-sewa rumah orang. That's it! itulah Hari Malaysia saya. Very meaningful the beladiful kan?
secara pendeknya, mungkin kita semua patut putarkan masa ke zaman di mana Malaysia ditubuhkan dan mungkin masa tu baru kita tahu apa itu Malaysia dan susah payah manusia-manusia dahulu menubuhkan Malaysia.
sangat WASTEFUL! meaninglessssss sangat bila tengok youths menyanyi lagu-lagu patriotik tapi tak rasa pun feel dengan lagu tu. kan? kibar jalur gemilang, pakai baju kebangsaan. tapi apa yang disampaikan, apa yang diceritakan? nothing? ask ourselves. everyone knows the answer.
my answer, I just take HARI MALAYSIA as a HOLIDAY. nothing much.
itu sahaja entry aku hari ini. ^_^
peace no war.
respect and hope to you My MALAYSIA :)
sincerely,
Zarith Syahira

Saturday, September 15, 2012

Berevolusi :)

Assalamualaikum.

Z.A.R.I.T.H dan evolusi......
ini blog baru aku...
yang lama http://duniazarithsyahira.blogspot.com/ ...
blog lama tak matang...
masa tu umur pun macam baru nak jenguk-jenguk tingkap usia...
sekarang dah masuk pintu usia suku abad...
apa yang nak disampaikan, atau yang nak diutarakan, diselatankan, timur barat mahupun tenggara... perlu difikirkan berulang kali tanpa perlu meluahkan semua yang ada dalam hati dan fikiran...
ayat-ayat yang dimuntahkan dekat blog ni juga perlu lebih berhati-hati sebab manusia ni macam-macam perangai...

pendek katanya,
Z.A.R.I.T.H

  • nama tuan blog

evolusi

  • kematangan
  • pemikiran
  • pengisian
  • kejujuran
SELAMAT DATANG KE :




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik sekali pun tak apa ;)